|
PERFORMANCE OF
THE FISHERIES SECTOR
The fisheries sector continues to play an important role in the
provision of fish as a source of animal protein for the population. It
also plays a significant role with regard to the provision of
employment, particularly in the rural areas and the support it provides
to the country's economic growth.
In 2003, the total fish production was estimated at 1,483,958 tonnes
valued at RM5.22 billion constituting about 1.35% the country's Gross
Domestic Product. In term of quantity, there was an increase of 1.37% as
compared to the previous year. However, there was a decrease of 1.69% in
terms of value of production.
The inshore capture fisheries sub-sector remained as the main
contributor with landing amounting to about 1,084,802 tonnes in 2003
which was about 73.07% of the total fish production. There was an
increase of 6.32% in landings from this sub-sector over the previous
year. By value, the inshore fisheries sub-sector registered a decrease
of 5.19% from RM3.66 billion in 2002 to RM3.47 billion in 2003.
Landings from the deep sea fisheries sub-sector registered an increase
of 4.04% from 190,741 tonnes in 2002 to 198,453 tonnes in 2003. The
value of production from this sub-sector was RM546.55 million, a
decrease of 0.26% over the previous year.
Meanwhile, the aquaculture sub-sector (excluding ornamental fish)
registered a marginally increase in production of 2.63% from 191,843
tonnes in 2002 to 196,874 tonnes in 2003. In terms of value, there was
an increase of 8.42% from RM1,081.24 million in 2002 to RM1,172.31
million in 2003.
The ornamental fish production has been expanding rapidly in recent
years and this industry continues to contribute significantly to the
fisheries sector. In 2002, the production of ornamental fish was
estimated at 428 million pieces valued at RM97.64 million.
The export value of fisheries commodities for 2002 registered an
increase about 7.2% with a value amounting to about RM1,462.5 million.
Meanwhile, the import value of fishery commodities amounted to RM1,306.7
million giving a trade surplus of RM1,558.8 million.
With regard to employment, the fisheries sector provides direct
employment 89,433 fishermen and 21,114 aquaculturists giving a total of
110,547 persons employed in the fisheries industry in 2003. This
constituted about 1.08% of the total employment in the country. |
|
|
PRESTASI SEKTOR PERIKANAN
Sektor perikanan terus menjadi tunggak utama dalam pembekalan ikan
sebagai sumber protein untuk rakyat. Ia juga memainkan peranan penting
dalam penyediaan pekerjaan, terutama di kawasan pendalaman dan juga
mendokong pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam tahun 2003, jumlah pengeluaran ikan dianggarkan sebanyak 1,483,958
tan metrik dengan nilai RM 5.22 bilion iaitu kira-kira 1.35% daripada
Keluaran Negara Kasar. Dari segi kuantiti, ia meningkat sebanyak 1.37%
berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan
sebanyak 1.69% dari segi nilai pengeluaran.
Sub-sektor perikanan pesisir kekal sebagai penyumbang utama penangkapan
ikan dengan jumlah 1,084,802 tan metrik pada tahun 2003 iaitu sebanyak
73.07% daripada keseluruhan jumlah pengeluaran ikan. Terdapat
peningkatan sebanyak 6.32% penangkapan daripada sub-sektor ini
berbanding tahun lepas. Dari segi nilai, sub-sektor perikanan pesisir
pantai mencatatkan penurunan sebanyak 5.19% daripada RM3.66 bilion dalam
tahun 2002 kepada RM3.47 bilion dalam tahun 2003.
Walau bagaimanapun, penangkapan daripada sub-sektor perikanan laut dalam
mencatatkan peningkatan sebanyak 4.04% daripada 190,747 tan metrik pada
tahun 2002 kepada 198,453 tan metrik pada tahun 2003. Nilai pengeluaran
daripada sub-sektor ini ialah RM546.55 juta, menurun sebanyak 0.26%
berbanding tahun 2002.
Sementara itu, sub-sektor akuakultur (tidak termasuk ikan hiasan)
mencatatkan peningkatan pengeluaran sebanyak 2.63% daripada 191,843 tan
metrik dalam tahun 2002 kepada 196,874 tan metrik dalam tahun 2003. Dari
segi nilai, terdapat peningkatan sebanyak 8.42% daripada RM1,081.24 juta
pada tahun 2002 kepada RM1,172.31 juta dalam tahun 2003.
Pengeluaran ikan perhiasan, telah berkembang pesat sejak beberapa tahun
kebelakangan dan industri ini memberi sumbangan lebih nyata kepada
sektor perikanan. Pada tahun 2002, pengeluaran ikan hiasan dianggarkan
sebanyak 428 juta ekor dengan nilai RM97.64 juta.
Nilai eksport komoditi perikanan untuk tahun 2002 mencatatkan
peningkatan sebanyak 7.2% dengan nilai berjumlah RM 1,462.5 juta. Nilai
import komoditi perikanan berjumlah RM1,3067 juta menyebabkan lebihan
dagangan sebanyak RM1,558.8 juta.
Dari segi penyediaan peluang pekerjaan, sektor perikanan menyediakan
peluang pekerjaan kepada 89,433 nelayan dan 21,114 penternak akuakultur
dengan jumlah keseluruhan seramai 110,547 orang yang bekerja di dalam
industri perikanan pada tahun 2003. Ini merupakan kira-kira 1.08%
daripada keseluruhan jumlah pekerjaan di dalam negara.
|
|