|
2020 VISION OF THE DEPARTMENT OF
FISHERIES MALAYSIA
VISI 2020 JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
DEEP SEA FISHERY
The potential of deep-sea fishery will be exploited and developed at a
faster pace towards the year 2020. The fishery resources in the
Exclusive Economic Zone (EEZ) will be exploited with fishing vessels
equipped with modern equipment. Expansion in this sector needs capable
management and entrepreneurship. It is envisaged that the corporate
sector will involve actively and deeply in this sector. Deep-sea fishery
is expected to move in the direction of harvesting fish stock in the
international water for high value fish like tuna. In order to fulfill
the advancement of deep-sea fishery, system on monitoring and surveillance will be introduced. This system will involve satellite
communication, electronic equipment, long distance communication
techniques as well as other modern equipment to regulate the marine
resource, movement and operation of vessels and marketing activities.
PERIKANAN LAUT DALAM
Potensi perikanan laut dalam akan diterokai dan dimajukan dengan cekap
menjelang 2020. Sumber perikanan di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif
(ZEE) akan diterokai dengan vesel menangkap ikan yang dilengkapi dengan
peralatan moden. Perkembangan ini memerlukan daya keusahawanan dan
pengurusan yang tinggi. Adalah dijangkakan bahawa pihak koporat akan
terlibat secara aktif dan meluas di dalam sektor ini. Perikanan laut
dalam dijangka akan bergerak ke arah penerokaan di lautan antarabangsa
untuk menangkap stok ikan yang bernilai tinggi seperti ikan tuna. Untuk
memenuhi keperluan perikanan laut dalam yang semakin canggih, satu
sistem pengawasan dan kawalan akan diwujudkan. Sistem ini akan
melibatkan perhubungan satelit, peralatan elektronik, teknologi penderia
jauh serta peralatan moden yang lain untuk mengawalselia kedudukan
sumber, pergerakan dan operasi vesel-vesel, serta perisikan pemasaran.
AQUACULTURE
Aquaculture sector will become the main player to increase the
production of fish not only to fulfill the country's needs but also for
export. New species of fish culturing will be introduced and new breed
will be formed by genetics manipulation. More advanced and economically
viable culturing systems will be introduced for upgrading aquaculture
management. Aquaculture development can be seen by the formation of
commercially viable big aquaculture estates so as to obtain maximum
return as well as economics of scale. Freshwater aquaculture sector will
be fully developed and is expected to contribute significantly to
increase production as a whole. Land, lakes embankments, ponds,
ex-mining pools as well as rivers which are suitable will be utilized
fully for these purposes. Brackishwater aquaculture will be developed
accordingly. Muddy coastal areas and sheltered areas will be fully
utilized for the production of marine fish and prawns as well as crabs
and cockles. A new dimension will appear with the introduction of the
brackishwater / marine culture system which is economically viable in
sheltered area like open sea cage culture system.
AKUAKULTUR
Sektor akuakultur akan muncul sebagai penggerak utama di dalam
meningkatkan pengeluaran ikan sama ada untuk menampung keperluan negara
mahu pun untuk dieksport. Jenis-jenis ikan baru untuk ternakan akan
diperkenalkan dan kacukan baru akan diwujudkan melalui manipulasi
genetik. Sistem ternakan yang lebih cekap dan berdaya maju akan
diperkenalkan untuk meningkatkan tahap pengurusan akuakultur.
Pembangunan akuakultur akan muncul dalam bentuk estet-estet akuakultur
besar yang bertaraf komersial bagi memperolehi pulangan maksimum serta
memanfaatkan kelebihan skel ekonomi. Sektor akuakultur air tawar akan
dimajukan sepenuhnya dan dijangka akan memberi sumbangan yang ketara
terhadap peningkatan pengeluaran keseluruhannya. Kawasan-kawasan darat,
tasik, empangan, kolam, bekas lombong serta perairan sungai yang sesuai
akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Sektor akuakultur air payau
/ laut juga akan dimajukan sewajarnya. Persekitaran pantai berlumpur dan
kawasan perairan yang terdedah akan digunakan dengan lebih meluas untuk
pengeluaran ikan dan udang laut, ketam dan cengkerang. Satu dimensi baru
akan wujud dengan pengenalan sistem kultur laut yang berdaya maju di
kawasan yang terdedah seperti sistem ternakan ikan dalam sangkar di
perairan terbuka.
|
|
|